Weh berhabuk bendalah ni. Aku terjumpa pun sebab cari cara nak deactivate blog lama wehhh. Sekali terjumpa benda ni balik and posting lama, rupanya akua da2 blog ea. And sampai ke hari ini ya kawan2, aku tak dapat akses lagi blog aku g first tu hadui hahaha.
Ye setelah aku baca balik kesemua posting aku yang dalam blog ini, aku nak bagi tau aku dah kawen wehh hahahah, bukan dengan 2 orang bf yang aku cerita dalam posting lama. Tapi dengan bf aku yg keberapa tah ni uh biasa lah kan, jumpa orang yg salah dlu, belajar dlu apa itu cinta ewah2 semua baru lah jumpa the right person! Tak gitchuu
Aku baru je lagi jugak kawen tahun 2018, hoo ni dah 2 tahun lebih la kiranya. Kitorang kenal tahun 2014 masa aku first sem kat UTM. Masa tu dia dah 2nd year kat UTM. Tapi dia lepasan matrik, so eventhough dia dah 2nd year tapi umur aku masih mendahului dia ya hahahah senang cerita dia muda 2 tahun lah dari aku hehe.
Aku taknak cerita la cane kenal sebab kesian dia nanti kang orang kata aku kutuk laki aku pulak kat public hahahaha. Tak kutuk apa pun cuma salah faham yang agak boleh buat dia rasa segan la cian dia nanti. Apa aku boleh kata ialah dari awal berkawan (bukan couple), sampai couple, sampai dah kawen ni, he's treating me the same.
Macam mana awal dulu dia obses kat aku (dia ngaku sendiri ok) sampai sekarang macam tu jugak lah dia tapi sekarang dia dah matang sikit. Kalau dulu aku tak reply ke lambat ke nanti mesti dia meroyan hahaha. Sama macam perangai meroyan aku masa tak matang dulu. Sekarang terkena balik tapi nasib baik aku rasa comel hahahaha.
Laki aku ni bagusssss, ada masa dia matang, ada masa dia kebudakan, ada masa dia sensitif, memahami and so on. I am very happy, grateful and lucky to have him! Alhamdulillah Allah temukan aku dengan suami yang baik. He treats me well, he guides me well, selalu remind aku untuk solat, and I will remind him as well. We complete each other. Ada masa berbeza pendapat, tapi one of us will mengalah in the end.
Bukan tu sahaja ya. Family-in-law aku pun very very very understanding and kind people! Its like we are in the same frequency hahaha, and they were well educated, so everyone's like having similar mindset - no frequent visit forced to, no questions of bila nak dapat anak and other many traditonal ppl normally does.
As my husband is the only son in his family (bongsu pulak tu), so atas dia semua kira sister-in-law aku. Dulu aku takut masuk dalam family ramai perempuan, sebab banyak dengar and baca benda2 tak best hoo. But Alhamdulillah, my sisters-in-law are very very kind ppl, dah anggap macam kakak sendiri dah.
Okey la, ada kerja pulakkk nanti mana tahu in the future aku jumpa balik blog ni and continue my merepek session hahahah. Bai Assalamualaikum!